salam sahabat semua, artikel ini saya petik dari genta-rasa.com untuk kongsikan bersama dan sebagai renunga buat kita di dunia ini. dan pastinya ia adalah sebagai bekalan untuk kita menuju kepadaNya di akhirat sana..

HaYatiLah tiap kata dengan hati yang lapangg..agar sampai ke dalam hati untuk ketenangann..

TAK MAMPU KEHILANGAN CINTA


Ketika kedua suami isteri itu baru berpindah ke bandar, hidup mereka penuh ceria. Penuh dengan gurau mesra. Ada masa makan bersama, ada masa solat berjemaah bersama. Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan yang mereka usahakan belum menjadi, tetapi mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya. Sikap saling memahami dan bertimbang rasa jelas terpancar. Di kejauhan malam atau pada awal pagi sudah kedengaran suara mereka berdua bergurau dan berbual dengan mesranya.

Minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhirnya beberapa tahun mula berlalu. Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan dahulu semakin maju. Untuk menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, suami adakalanya pulang lewat petang. Manakala siisteri yang juga memulakan pernigaannya sendiri pun semakin sibuk.

Anak-anak pun semakin jarang bertemu dan berbual mesra dengan mereka berdua. Namun, alhamdulillah keadaan ekonomi keluarga bertambah baik. Mereka telah berpindah dari rumah yang sempit ke rumah yang lebih luas. Sekarang keluarga itu telah memiliki kereta yang besar. Bukan sebuah, tetapi dua buah – sebuah untuk suami, sebuah lagi untuk isteri.

Entah kenapa, kemesraan yang dahulu semakin hilang. Suami semakin leka dengan kawan-kawan seperniagaan dan pelanggannya. Manakala siisteri juga sibuk mempromosi produk jualannya. Solat berjemaah, makan berjemaah yang dulunya menjadi tradisi semakin jarang dilakukan. Apatah lagi untuk melihat suami memberi sedikit tazkirah untuk anak-anak dan kemudian keluarga itu saling bermaafan bersama seperti dahulu… hampir tidak pernah lagi.
Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu. Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa. Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.

Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari – kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi pada masa yang sama mereka sudah hilang kemesraan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.

Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, antara keduanya yang mana lebih berharga? Kemewahan hidup atau kerukunan rumahtanga? Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumahtangga. Bukankah kita mencari rezeki dan segala kemewahan hidup untuk membina sebuah keluarga yang bahagia?

Jika sisuami ditanya, untuk apa kamu bertungkus lumus bekerja siang dan malam? Tentu jawabnya, kerana isteri ku! Begitulah juga jika ditanyakan kepada siisteri, tentu jawabnya kerana suami. Dan jika ditanya kepada kedua ibu-bapa itu, untuk apa mereka berusaha, nescaya kita akan dapat jawapannya… demi anak-anak.

Malangnya, mereka dan kita sering tertipu, betapa ramai yang melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup? Kita sering terlupa yang kemewahan hidup – harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini. Kita memburu alat untuk mencapai matlamat. Ertinya, harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan rumahtangga kita. Begitulah sewajarnya.
Namun, apa yang sering berlaku adalah kita sering tertukar. Alat jadi matlamat, matlamat menjadi alat. Kebahagian rumahtangga sering jadi pertaruhan dan acapkali tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup. Kita berkerja demi anak-anak, anehnya anak-anak kita abaikan semasa bertungkus lumus bekerja. Kita tidak sedar. Kita terus memburu dan memburu.

Bangun dari tidur, berkemas dan terus bekerja. Hampir senja baru pulang. Tidak cukup dengan itu ada lagi kerja yang kita bawa pulang ke rumah. Tidak cukup lagi, kita keluar pula bertemu pelanggan dalam kerja-kerja ‘part time’. Begitulah kita hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhir bertahun-tahun.

Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri? Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami? Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?
Pada ketika itu, hati yang degil masih mampu memberi alasan. Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam profesionalisme. Sedikit masa lagi, perniagaan ku semakin menjadi. Nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga. Nantilah, aku akan ini, aku akan ini…
Begitulah selalunya diri kita memberi alasan. Hati memberi justifikasi yang bukan-bukan. Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah suami, isteri atau anak-anak berkorban sementara, nantilah kita akan bahagia!

Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan. Temuilah bahagia ketika kita mencarinya. Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.
Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua pun keadaan.

Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan. Contohnya, jangan kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita. Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat ‘kosmetik’ semata-mata. Tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasakan.

Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri. Cinta itu adalah cinta Allah! Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Allah akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri. Bahkan, sebelum menjadi suami isteri juga harus dijaga sebaiknya.Allah akan berikan hidayah dan taufik ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat.

Kita akan sentiasa beringat bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah. Dan hanya dengan memburu cinta Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.

Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan. Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga. Iman, kasih sayang, cinta sering dilemparkan orang dilitar perlumbaan memburu dunia.

Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagiaan akhirat. Jadilah dunia umpama kebun yang kita pugar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhirat. Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui. Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama di situ… ia hanya jambatan. Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan. Rumah kita yang hakiki ialah di syurga.

Jika ada rasa-rasa itu di dalam jiwa ketika kita memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduaniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan. Orang yang ada di dalam hatinya cinta Allah, sentiasa ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.
Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat. Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada neraka dunia.
Apakah neraka dunia itu? Nereka dunia itu ialah hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar. Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya di tengah ruang tamu rumah yang besar itu. Dan hambarnya perbualan di dalam kereta mewah yang sering bertukar ganti. Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon di dalam filem yang kita tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa puncanya!

Lihatlah Rasulullah saw. Betapa sibuknya bagainda… tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah isterinya. Betapa besar perjuangannya… tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya. Ketika baginda kaya, dikorbankannya harta… kerana baginda tidak kehilangan cinta. Ketika baginda miskin… dihadapinya dengan sabar kerana di dalam hatinya tetap ada cinta. Baginda tidak pernah kehilangan cinta kerana di dalam hatinya ada cinta yang lebih besar… cinta Allah!

Justeru, intai-intailah semula cinta di dalam rumah tangga kita. Masih bersinar atau sudah pudar? Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya? Apakah yang kita garap hingga kita sanggup menggadaikannya?

Ayuh, lihat kembali ‘di mana Allah’ dalam rumah tangga kita? Di mana solat jemaah, di mana zikir, di mana tazkirah, di mana sadakah, di mana bacaan Al Quran… Di manakah semua ‘ayat-ayat cinta’ itu dalam rumah yang mungkin sudah semakin luas, kereta yang semakin mahal, makanan yang semakin lazat, tabungan kewangan yang semakin banyak?
Dan pandang wajah isteri, renung wajah suami… tatap lama-lama. Bila kali terakhir kita bertentangan mata dalam keadaan yang paling tenang, harmoni dan syahdu? Sekali lagi.. BILA? Bukankah mata itu jendela bagi hati. Pertautan mata petanda pertautan hati?

Atau kita hanya melihat sekadar imbasan, tolehan dan pandangan, tanpa ada rasa cinta, kasih, mesra, kasihan, simpati, empati dan lain-lain perisa hati? Apakah kita secara tidak sedar telah bertukar menjadi ‘haiwan berteknologi’ dalam belantara dunia meterialisma yang semakin ketandusan cinta?

Lalu, di kejauhan destinasi ketika sibuk menguruskan kerja atau perniagaan, sudi apalah kiranya suami atau isteri menghulurkan gugusan doa-doa yang paling kudus untuk pasangannya? Atau ketika dia pulang nanti, kita sapa tangannya dan bersalam penuh mesra lantas berdakapan dengan hati yang terus berkata-kata, “inilah teman ku di dunia untuk menuju syurga!” Inilah yang semakin hilang dalam rumah tangga kini.
Kita memburu tanpa sedar bahawa kitalah yang sebenarnya diburu. Diburu oleh kesibukan yang tiada penghujung, keresahan yang tiada penawar. Kekosongan yang tidak dapat di isi. Kerana hati tanpa cinta… adalah hati yang mati!

Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita akan temuinya semula cinta itu di tempat, suasana dan masa ketika kita mula-mula menemuinya dahulu. Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya? Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah? Kembalilah ke sana.

Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta. Renunglah mata isteri atau suami mu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau telah tiada?

Dan kemudian genggam erat tangannya. Mari kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama!
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi
selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.Kanak- kanak tersebut menyimpan
pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah.
Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat,badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain
dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jah-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci..!!
Musyarakah mutanaqisah boleh digunakan bagi produk pembiayaan rumah mengikut konsep pemilikan bersama institusi perbankan dengan pelanggan menyumbang bahagian modal masing-masing yang diperlukan untuk memperoleh harta berkenaan menurut persetujuan kedua-dua pihak pada permulaan kontrak.

Bank Negara Malaysia dalam Laporan Tahunan 2007 yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, musyarakah mutanaqisah ialah suatu bentuk perkongsian dengan salah satu rakan kongsi berjanji untuk membeli bahagian pemilikan rakan kongsi yang lain secara beransur-ansur sehingga ia memiliki sepenuhnya objek perkongsian.
Setelah pelanggan memperoleh sepenuhnya bahagian milik institusi perbankan terhadap harta berkenaan, perkongsian tersebut berakhir dan pelanggan menjadi pemilik tunggal harta itu, kata bank pusat.

Kontrak itu mengandungi unsur-unsur kontrak jual dan pajak (ijarah) yang menjadi keperluan asasi untuk memastikan riba (faedah) tidak wujud langsung dalam urus niaga musyarakah mutanaqisah itu. Selain itu, pengalaman prinsip-prinsip Syariah dalam kontrak musyarakah mutanaqisah mewujudkan hubungan, hak dan kewajipan khusus bagi setiap pihak yang memeterai kontrak.

Hasilnya, institusi perbankan terdedah kepada risiko pasaran yang berkaitan dengan pemilikan bersama aset berkenaan serta risiko kredit yang berkaitan dengan kewajipan pelanggan untuk memperoleh pemilikan aset dan kewajipan institusi perbankan untuk menjual bahagian pemilikannya terhadap aset tersebut.

Menurut Bank Negara, institusi perbankan perlu menggunakan kaedah yang lebih kukuh disebabkan pendedahan kepada risiko sedemikian, kaedah berkenaan perlu disokong oleh data dan sistem yang telus dan mantap yang mampu mengesan dan memberikan anggaran terbaik tentang kerugian yang mungkin ditanggung akibat perkembangan negatif profil kredit pelanggan. Proses dan infrastruktur pengurusan risiko institusi perbankan yang menawarkan produk seperti itu perlu dinamik dalam mengenal pasti, mengukur, mengawal dan mengurus semua risiko utama dan amalan pengurusan risiko pada setiap peringkat urus niaga musyarakah mutanaqisah.

BNM berkata, beberapa buah negara juga telah menerapkan keperluan pengawal seliaan tertentu untuk memastikan pengurusan yang bersesuaian terhadap risiko berkaitan dengan kontrak tersebut. Sebagai contoh, di negara yang menerima pakai rangka kerja kecukupan modal berdasarkan Standard Kecukupan Modal yang dikeluarkan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam, kata Bank Negara. Institusi perbankan Islam dikehendaki memperuntukkan modal pengawalseliaan yang mencukupi bagi menampung pendedahan terhadap risiko harga berdasarkan bahagian yang dimiliki oleh institusi perbankan dalam aset yang mendasari kontrak berkenaan dan risiko kredit yang berpunca daripada sewa terkumpul yang perlu dibayar oleh pelanggan.

Bank Negara berkata, sejajar dengan pengurangan bahagian pemilikan institusi perbankan dalam aset, keperluan modal bagi risiko harga akan berkurang secara beransur-ansur sepanjang tempoh kontrak. Perkembangan kewangan Islam sebagai suatu bentuk pengantaraan kewangan berdaya maju dengan ciri-ciri khas serta sekatan dan imbangan yang terkandung di dalamnya dapat menyumbang ke arah mempertingkatkan kestabilan kewangan.
Comments: (0)
LA TAHZAN…HIDUP IBARAT MENCABUT GIGI!!!!

Berapa lama masa yang diperlukan untuk mencabut sebatang gigi yang rosak? Paling-paling 15 minit sahaja. Masa yang diperlukan untuk mencabut gigi ini adalah ibarat masa kita hidup di dunia ini. 15 minit jika dibandingkan dengan panjang umur manusia, mungkin 60-70 tahun, nilainya adalah sangat tidak signifikan.

Sekarang bandingkan 60-70 tahun hidup di dunia ini dengan kehidupan di Akhirat yang infiniti, yang kekal abadi, yang selama-lamanya, abadan abada. Apalah sangat yang ada pada nilai 60-70 tahun itu? Saya rasa kebanyakkan pembaca di sini paling-paling sudah berumur 20 tahun. Jika kita dapat hidup hingga umur 60 tahun, maka kita akan ada di bumi Allah ini selama 40 tahun sahaja lagi. Dalam masa 40 tahun ini sahajalah kita perlu banyakkan bersabar dalam menghadapi ujian Ilahi.


NASIHAT SEORANG PAKCIK
Kira-kira 3 minggu yang lepas ada seorang pakcik yang merupakan ahli jemaah tabligh berbangsa Pakistan yang menetap di Afrika Selatan datang menziarahi Masjid Dublin. Beliau boleh bercakap beberapa kerat perkataan orang kita. Antaranya: "Jemput masuk tuan mulia". Beliau memberikan nasihat tentang banyak perkara, terutamanya dalam hal-hal yang bertujuan untuk meningkatkan iman kita.

Cuma satu sahaja nasihat beliau yang mungkin akan ingat saya ingat sampai bila-bila. Katanya lebih kurang,
"Success in this world is limited. Tribulation in this world is limited. But success in the Akhirat (Paradise) is infinite and tribulation in the Akhirat (Hellfire) is also infinite."

Faham ke? Maksud beliau, dalam dunia ini, kejayaan kita ini ada hadnya. Dan bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil kejayaan yang kita miliki. Begitu juga dengan musibah yang melanda. Jika pun sepanjang hidup kita ditimpa musibah, paling-paling ia berlaku dalam tempoh 50-60 tahun sahaja.

Tetapi di akhirat, kejayaan umat Islam yang mati dalam keadaan beriman teguh kepada Allah, ialah Syurga. Syurga adalah kejayaan hakiki manusia. Kejayaan inilah yang Rasulullah mahukan untuk umatnya. Kejayaan ini adalah selama-lamanya.

Maksud 'selama-lamanya' ini adalah melebihi nilai 1 juta tahun, hatta 100 bilion tahun. Kamu boleh bayang ke berapa lama tempoh 100 bilion tahun itu? Entahlah, saya pun tak mampu nak membayangkannya, apatah lagi menerangkannya. Apa yang saya boleh cakap, tempoh masa di antara letupan Big Bang dan hari ini ialah 13.7 bilion tahun.

13.7 bilion tahun diseksa di dalam neraka adalah satu perkara yang dahsyat lagi ngeri. Penjaga pintu Neraka, iaitu malaikat Malik juga adalah makhluk yang sangat bengis dan mengerikan. Ketika peristiwa Israk dan Mikraj, malaikat Malik adalah satu-satunya malaikat yang tidak senyum kepada Rasulullah sallahu alayhi wasalam. Seringan-ringan hukuman ke atas ahli Neraka pula ialah ke atas Abu Talib, iaitu pakcik kepada Rasulullah. Hukuman itu ialah memakai sepasang terompah yang akan membuatkan otak Abu Talib menggelegak.

Kita yang baru tersentuh sedikit cerek panas kadang-kadang sudah menjerit melolong bagai orang gila. Ini baru cerek panas. Di neraka mana ada hukuman pegang cerek panas yang kepanasannya setakat 100-200 darjah celcius. Saya tidak pernah lagi mendengar kisah aneh orang yang menggelegak otaknya apabila menyentuh cerek panas.

Maka bersabarlah dengan musibah yang Allah turunkan kepada kita. Sama ada kita bersabar atau pun tidak, musibah itu tetap perlu kita hadapi. Jika kita bersabar, kita semakin mendekatkan diri dengan Syurga Allah. Jika kita tidak bersabar, jangan salahkan Allah jika kita kena humban dalam Neraka. Jesteru itu hadapinya dengan tenang, sabar dan solat. Selesaikan ujian itu langkah demi langkah.

Maka sebagai penutup, ingatlah petua La Tahzan ini = Hidup ibarat mencabut gigi. Cabut gigi memang sakit, tapi sekejap sahaja sakitnya. Tapi doktor itu buat untuk kebaikan kita. Hidup di dunia dengan ditimpa satu dua musibah besar memang agak sakit, tapi sekejap sahaja sakitnya, paling-paling lama pun dalam 60-70 tahun sahaja. Allah menguji kita juga adalah demi kebaikan kita. Ujian mampu menghapuskan dosa-dosa silam kita, dan bagi para Nabi dan orang-orang soleh, ujian yang Allah turunkan kepada mereka adalah bertujuan untuk meningkatkan darjat mereka di sisi Allah.

Wallahu 'alaam.

Tidak salah apabila kita sentiasa merasakah kita masih dibawah walaupun pada hakikatnya kita telah berada diatas..itu namanya 'Low Profile'..malah akan dipandang tinggi lagi nilainya sebenarnya..

tapi yang salah dan yang dipandang rendah apabila kita sebenarnya masih dibawah, tetapi merasakan kita berada diatas..dan paling menjelekkan apabila kita tidak menyedari bahawa diri kita sebenarnya dianggap kurang nilainya walaupun sebenarnya kita telah berada pada kedudukan teratas..

begitulah kita seharian sebenarnya, kita melihat dan menilai manusia hari ini lumrahnya begitu kan..akan berlumba-lumba untuk sentiasa menjadi yang diatas..

memang tidak salah berlumba untuk kebaikan, untuk kemajuan diri..tapi perlu ada sandaran dan pegangan yang berpaksikan amanah..perlu ada matlamat yang ingin dicapai dalam meraih redhaNya..memang nampak mudah..tapi rumit untuk dilaksanakan..lidah memang mudah menutur kata,..tapi mata-mata yang memandang akan sentiasa memerhatii..

Tak perlu gusar omongan manusia, lumrahnya 'pantang' melihat 'siapa yang lebih'..dan sinis pada yang lain bila dihatinya sentiasa bermonolog 'hebatnya aku'..

wahai sahabat,
Allah sebaik2 penilai..siapa kita, dimanakah nilai kita, hanya Allah yang tahu, teruskanlah perjuanganmu walau dimana dikau berada..namun, pesanku hanya satu, jadikan Allah sebagai sandaran dan matlamat kehidupan..insyaAllah kebahagiaan akan didalam genggaman..

sahabatku, biar beribu orang mentertawakanmu, biar berjuta insan memandang sinis kepadamu..harapanku agar kau tidak berputus asa dalam mencari redhaNya..dalam meneruskan perjuangan untukNya walau apa bidang yang dikau ceburi..kita hanya perlu gusar dalam nilaian dan pandangan Allah..biarkan musuh-musuhmu memandang sinis..kelak akan ada ganjaran diatas kesabaranmu..ingatlah Allah sebaik-baik penolong dalam setiap kesusahan, dalam setiap kepayahan, dan dalam setiap kesempitan hidupmu...

walau dimana kita, samada DIATAS, atau DIBAWAH..kita tetap dinilai..samada DIATAS atau DIBAWAH kedudukan kita, itu tetap ujian dariNya..yakinlah ujian itu adil untuk hambaNya..didiklah hati kita untuk sentiasa berfikir bersangka baik denganNya..DIA MAHA MNGETAHUI apa yang terbaik untuk hambaNya..

bersyukurlah jika kini kita berada diATAS, kerana kita berpeluang menjadi pemimpin amanah untuk yang berada diBAWAH..dan bersyukurlah jika kini kita masih berada diBAWAH..kerana Allah masih mendidik kita untuk menjadi HambaNya yang sabar..kerana hikmahNya terlalu luas sehingga tidak tercapai akal kita yang dangkal ini untuk memikirkannya..

Ya Allah..kami bermohon, jika ada kesilapan kami, engkau ampunilah..jadikan hati-hati kami tergolong dalam hati-hati yang sentaiasa dekat denganMu..hati-hati yang sentiasa merasa KEHAMBAAN padaMU..amiin..

Insan seperti kita sering alpa..sering terlekaa..

NikmatNya cukup luas dan cukup banyak sehingga melimpah yang kita terima..namun, seringkali jika kita diuji dengan keresahan, kesedihan, kekecewaan, kita bertanya ..” Mengapakah aku diberikan ujian ini?? Mengapakah aku yang menjadi pilihan atas masalah seperti ini?? Apakah dosaku hingga aku terpaksa melalui kesedihan ini??” dan bermacam-macam persoalan yang timbul..

Jika utuh iman, mungkin bisa dipujuk hati.. “ Mungkin ini ujian untukku..atau mungkin ini Kaffarah dosa-dosaku”.. ada juga yang agak hampir tipis imannya sering mengeluh dan berprasangka..”Mengapa Takdir aku begini?? Apakah aku tidak layak untuk mendapat bahagia??” ..pelbagai persoalan jugaa..

Namun, adakalanya kita lupa..apa yang kita rancang sebenarnya diatas perancanganNya juga..Apa yang kita harapkan, sebenarnya diatas takdirNya juga..

WaHai TeMan..
Sesungguhnya, Hati beginilah yang kita lihat selalu dekat denganNya..Yang selalu tulus Meminta PaDaNya..Yang sering Tawaddu’ MengharapkanNya..Yang sering Ikhlas Memohon KeampunanNya..Hati itu pasti ikhlas sejujurnya.. Mata itu pasti basah meratap..memohon..merayuu..mengadu..Hanya pada Allah yang Satu..

Musibah yang kita lalui Itu besar Hikmahnya..Cuma tidak terzahir..Namun secara ruhnya, kita merasa..ada kebahagiaan selepas setiap musibah yang kita lalui..hikmahNya mungkin tidak kita sedari..Hanya DIA yang MaHa Mengetahui..sepertimana maksud firmanNya.. “Allah Tidak akan Membebankan Hambanya melainkan apa Yang setimpal dengan Kemampuannya..” dan Janji Allah itu Pasti..



Wahai Sahabat..
Didiklah Jiwa..pujuklah Hati..Musibah ini Mengajar kita Erti Ketabahan..Erti Kematangan..dan Erti Kehidupan..Kita adalah orang yang kuat jika kita dapat mengharungi setiap dugaan dan ujian ini dengan keredhaan dan kesabaran..Yakinlah bahawa Kita adalah antara HambaNya yang bertuah dipilih untuk ‘merasa’ nikmat kesedihan dan ujian ini..untuk kita belajar dari kehidupan dunia dan sebagai bekalan kita pada kehidupan yang kekal di ukhrawi..

“Maka sesungguhnya disamping Kesusahan ada kemudahan, dan Disamping Kesukaran ada Kesenangan, Maka apabila selesai sesuatu perkara, teruskanlah bersungguh-sungguh lagi danHanya kepadaNya kita berharap.”
Comments: (0)
Ya Layli Ya Rouhi….Indah panggilan itu..damai..menenangkan..

Pernah aku bertanya.. “Mengapa Ya Layli Ya Rouhi??”..dia menjawab “Kerana dimalam hari waktu yang tepat untuk kita mengadu pada Rabb..Rouh (Jiwa) kita paling hampir PadaNya..Dia tempat kita mengadu..Hanya DIA..”.. itu kalamnya..sungguh aku terdidik dengan kata yang berhemah itu..Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya....Dimana dia??

Sahabat, teman. Kawan..datang dan pergi..adakalanya terasa sunyi..adakalanya terasa diisi..Hati manusia sering berubah..lidah manusia tidak lepas dari tergigit..sering tidak terjaga dengan amanahNya.. lidah memang tidak bertulang..MANUSIA itu dasarnya bermaksud lupa.. namun, kita harus segera kembali mengejar fitrahnya..

Wahai Temanku, Ingatlah..”Siapa kita sebelum ini tidak penting, Tetapi kesedaran dan tekad kita untuk berubah kepada kebaikan dan mengharapkan Keredhoan Allah yang akan mewarnai hidup kita semula.” Yakinlah Allah pasti membantu..Hanya DIA yang Maha Mengetahui..apa yang tersurat dan apa yang tersirat..Hanya Allah yang Maha Mengetahui Hati HambaNya..

Adakalanya Allah sengaja memberikan kesedihan sebelum kita mendapat kegembiraan..adakalanya Allah sengaja memberikan kesusahan sebelum kita peroleh kesenangan..dan ada ketikanya Allah sengaja memberikan kesengsaraan sebelum kita mengecapi kebahagiaan..


Sentiasalah bersangka baik dengan Allah..Firman Allah S.W.T bermaksud: “Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, maka bersangka tentangKu apa sahaja yang kamu ingini.” (Hadis Qudsi).

“Jika ingin melihat kedudukanMu DiSisi Allah, maka perhatikanlah sejauhmana darjat Allah berada Dalam Hatimu, kerana Allah menempatkan Seseorang sesuai dengan ia menempatkan Allah didalam Hatinya..”

Ya Allah…ampuni dosa-dosa kami…(Dimanakah kedudukanku disisiMu?? Adakah aku layak disisiMu??)