Tidak salah apabila kita sentiasa merasakah kita masih dibawah walaupun pada hakikatnya kita telah berada diatas..itu namanya 'Low Profile'..malah akan dipandang tinggi lagi nilainya sebenarnya..

tapi yang salah dan yang dipandang rendah apabila kita sebenarnya masih dibawah, tetapi merasakan kita berada diatas..dan paling menjelekkan apabila kita tidak menyedari bahawa diri kita sebenarnya dianggap kurang nilainya walaupun sebenarnya kita telah berada pada kedudukan teratas..

begitulah kita seharian sebenarnya, kita melihat dan menilai manusia hari ini lumrahnya begitu kan..akan berlumba-lumba untuk sentiasa menjadi yang diatas..

memang tidak salah berlumba untuk kebaikan, untuk kemajuan diri..tapi perlu ada sandaran dan pegangan yang berpaksikan amanah..perlu ada matlamat yang ingin dicapai dalam meraih redhaNya..memang nampak mudah..tapi rumit untuk dilaksanakan..lidah memang mudah menutur kata,..tapi mata-mata yang memandang akan sentiasa memerhatii..

Tak perlu gusar omongan manusia, lumrahnya 'pantang' melihat 'siapa yang lebih'..dan sinis pada yang lain bila dihatinya sentiasa bermonolog 'hebatnya aku'..

wahai sahabat,
Allah sebaik2 penilai..siapa kita, dimanakah nilai kita, hanya Allah yang tahu, teruskanlah perjuanganmu walau dimana dikau berada..namun, pesanku hanya satu, jadikan Allah sebagai sandaran dan matlamat kehidupan..insyaAllah kebahagiaan akan didalam genggaman..

sahabatku, biar beribu orang mentertawakanmu, biar berjuta insan memandang sinis kepadamu..harapanku agar kau tidak berputus asa dalam mencari redhaNya..dalam meneruskan perjuangan untukNya walau apa bidang yang dikau ceburi..kita hanya perlu gusar dalam nilaian dan pandangan Allah..biarkan musuh-musuhmu memandang sinis..kelak akan ada ganjaran diatas kesabaranmu..ingatlah Allah sebaik-baik penolong dalam setiap kesusahan, dalam setiap kepayahan, dan dalam setiap kesempitan hidupmu...

walau dimana kita, samada DIATAS, atau DIBAWAH..kita tetap dinilai..samada DIATAS atau DIBAWAH kedudukan kita, itu tetap ujian dariNya..yakinlah ujian itu adil untuk hambaNya..didiklah hati kita untuk sentiasa berfikir bersangka baik denganNya..DIA MAHA MNGETAHUI apa yang terbaik untuk hambaNya..

bersyukurlah jika kini kita berada diATAS, kerana kita berpeluang menjadi pemimpin amanah untuk yang berada diBAWAH..dan bersyukurlah jika kini kita masih berada diBAWAH..kerana Allah masih mendidik kita untuk menjadi HambaNya yang sabar..kerana hikmahNya terlalu luas sehingga tidak tercapai akal kita yang dangkal ini untuk memikirkannya..

Ya Allah..kami bermohon, jika ada kesilapan kami, engkau ampunilah..jadikan hati-hati kami tergolong dalam hati-hati yang sentaiasa dekat denganMu..hati-hati yang sentiasa merasa KEHAMBAAN padaMU..amiin..

1 comments:

Wahyu Hidayat said...

Perjuangan di dunia ini adalah sebagai bekal di akhirat. Sesungguhnya bekalan yang kita bawa bukan sahaja kebaikan, juga bekalan yang tidak baik untuk perjalanan kehidupan. Kelak kita menyedari di sana nanti. Meskipun di sini kita tertanya tanya bagaimanakah ia berlaku kepada kita. Mungkin tiada orang pernah menceritakan kepada kita hakikat apa yang berlaku.

Diri ini percaya segala kebaikan yang dilakukan akan dipertimbangkan jika Ikhlas itu menjadi taruhan dalam hidup. Pengemis Harta Pusaka bukan pusaka harta tetapi pusaka IKHLAS yang dipakaikan kepada pengemis itu.

Post a Comment